Teruk Dikecam! Rihanna Guna Hadis Islam Sebagai Lagu ‘Fashion Show’ [ VIDEO ]
Penyanyi antarabangsa, Rihanna telah mengadakan pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya, Savage x Fenty baru-baru ini.Bagaimanapun pertunjukan itu tamat dengan sebuah kontroversi yang hangat diperkatakan di seluruh dunia.
Mainkan Lagu Remix Hadis
[videopress gLbE0HrW]
Penyanyi dan usahawan itu dikhabarkan telah menyentuh sensitiviti agama Islam dengan menggunakan lagu tema berjudul Doom yang mempunyai bait hadis Al-Quran. Lagu yang dibuat versi remix oleh Coucou Chloe itu telah menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat lebih dari dua tahun lalu.
Peminat Kecewa
Rata-rata peminat berasa kecewa dan mengecam tindakan Rihanna dan krew nya yang yang menggunakan lagu tersebut tanpa sebarang usul periksa.
Dikhabarkan, ini bukanlah kali pertama Rihanna dikatakan cuba menjatuhkan imej agama Islam dengan menampilkan model berhijab dalam iklan jenamanya.
“Hi Rihanna, kenapa anda memilih lagu Doom untuk dimainkan dalam pertunjukan anda? Ianya begitu mendukacitakan selepas mendapat tahu mengenainya. Lagu-lagu anda mengagumkan dan mempunyai lirik yang baik. Adalah lebih bagus jika mainkan lagu anda sendiri berbanding Doom tersebut” kata salah seorang peminatnya di media sosial.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet menunjukkan reaksi negatif terhadap video berkenaan:
Terdahulu, Rihanna pernah menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini apabila beliau pernah menggunakan lagu sama dalam pertunjukan fesyen pertama sebelum ini:
Dalam pada itu, terdapat juga komen yang berkata bahawa tiada permohonan maaf yang dapat menyelesaikan masalah ini.
Pada pendapat anda, adakah permohonan maaf daripada Rihanna boleh menyelesaikan masalah ini?
Sehingga kini, pihak Rihanna tidak memberi sebarang maklum balas mengenai insiden tersebut dan laman Twitter ketika ini turut trending dengan nama Rihanna.
Sumber: Murai , I Am Lejen
You must be logged in to post a comment.