Muafakat Nasional, masa untuk menghitung hari
Bila satu pasangan yang sedang larat bercinta.. Menuju ke gerbang perkahwinan, apakah dua perkataan yg akan menjamin masa depan perkahwinan itu akan jadi kenyataan? Jawapannya adalah Trust atau Kepercayaan serta HONESTY atau Kejujuran. Inilah yang tiada dalam kerangka kisah cinta antara UMNO dan PAS?
Maka timbul lah soalan kedua. Siapa tak percaya siapa? Siapa curang? Siapa yang tak jujur? Satu dunia menjadi saksi bagaimana ketika majlis pertunangan di hari Muafakat Nasional di meterai, maka ujudlah satu Piagam, air mata serta keringat menjadi saksi. Yelah pada ketika itu, belum ada kerajaan Perikatan Nasional kot.
Masa tu Pas belum kenal erti Duta bertaraf Menteri.. PAS BELUM kenal apa itu menteri..Pas belum kenal apa itu CEO GLC, pendek kataPas belum dapat kuasa. Tapi ingat.. Kuasa itu sementara. Kuasa itu hak Allah. Jangan kelabu mata.
Ramai terkejut bila PAS bersetuju untuk bersama sama menjadi Penaja Perikatan Nasional. Ini lah titik permulaan kecurangan yg berlaku. Ketika itu, Masing2 baik di pihak UMNO mahupun Pas cuba Cover up.. Tapi kini nasi sudah hangus menjadi kerak. Masih mahu berselindung lagi? Cinta makan keliling tidak akan bahagia. Itu cinta palsu namanya.
Apa pilihan yg kita ada? Semua janji manis di bibir tapi hati penuh dengan hasad Kesumat. Sudah sampai masanya UMNO berdiri di bumi yang nyata. Buatlah keputusan yg tepat. Kerana dalam politik tiada Ehsan dan budi. Rakyat tahu menilai. Jangan buang masa. Kerana masa itu adalah emas.
Teringat kata madah orang kecewa yg sedang bercinta. “Bila kamu di kucilkan kerana kejujuran mu tetaplah bertahan dan sabar kerana dengan kesabaran mu itulah, Allah akan selalu melindungi, mencintai dan dekat dengan mu.”
Roda Bulat. JANJI ALLAH ITU BENAR. Yang mungkir janji itu adalah si Munafik.
Masa untuk menghitung hari. Kita tunggu dan lihat siapa yg kena. Masih belum terlambat untuk Muafakat Nasional buat perhitungan semula. Rakyat sedang memerhati…
DR. Mohd. Azam Rauzan.
Mantan ADUN Penawar
1 Sept. 2020.
Amaran kepada Bersatu, buktikan keikhlasan dan kejujuran
You must be logged in to post a comment.