Laman web DIY pertama diperkenalkan di Malaysia

Syarikat teknologi dan perisian digital pertama di Malaysia, Tronserve (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan laman web berkonsepkan do it yourself (DIY) serta aplikasi mesyúarat maya yang dibangunkan oleh anak tempatan.

Dikenali Tronserve Link, laman web itu menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti komuniti, peluang pekerjaan dan pengajian secara dalam talian.

Malah, ia turut memberi peluang kepada pengguna mengadakan perbincangan atau interaksi secara maya ketika seluruh dunia kini berdepan pandemik Covid-19 hingga ada yang bekerja di rumah.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Tronserve, Arash Abdullah, pelancaran dua platform terbaharu ini dilihat sebagai satu kemudahan baharu untuk memberi peluang kepada rakyat negara ini dalam mendepani Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0 (IR 4.0) yang kini menjadi agenda utama kerajaan.

“Suka atau tidak, sekarang atau nanti, masanya sudah tiba untuk kita menyesuaikan diri dalam mendepani gelombang mengubah gaya hidup dan cara kita bekerja.

“Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, platform yang disediakan ini bakal membantu rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih maju serta mahir dalam teknologi maklumat.

“Laman sesawang berkonsep DIY yang ditawarkan ini turut menampilkan beberapa cabang menarik seperti satu komuniti baharu yang mana ia dapat menarik lebih banyak badan korporat dan setiap individu dan mengembangkan idea di dalam satu platform,” katanya pada majlis pelancaran Tronserve Link di sini hari ini.

Arash menambah, laman web itu turut memberi peluang pekerjaan untuk membantu syarikat dan orang yang saling mencari pekerja dan pekerjaan dengan lebih mudah dan berkesan.

Tambahnya, menerusi platform yang disediakan ini juga, khalayak boleh menimba ilmu pengetahuan kerana memberi ruang kepada tenaga pengajar dan pelajar bertukar bahan pelajaran secara atas talian.

“Tidak ketinggalan, cabang lain yang dicipta adalah seperti platform E-Dagang untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana menjalankan perniagaan offline ke online serta petunjuk perindustrian meningkatkan imej mereka dengan memudahkan pelanggan berpotensi untuk mencari maklumat syarikat.

“Jadi laman web berkonsep DIY yang ditawarkan ini memberikan semua kemudahan dan akses dalam satu plafform kepada masyarakat selain lebih berdava saing,” ujarnya.

Arash turut memberitahu platform maya itu dilihat sebagai masa yang tepat untuk digunakan mereka untuk bekerja dari rumah.

“Tautan dapat dimanfaatkan antara majikan dan pekerja dengan mudah dan pantas serta turut memastikan keselamatan data setiap individu yang tersebar

“Sementara itu, melihat ramai orang yang terjejas teruk susulan pandemik Covid-19 sehingga ada yang dibuang kerja, Tronserve turut memperkenaljan membuat Program Rujukan yang menjana pendapatan tambahan serta peningkatan pasif aliran kepada syarikat dan individu,” katanya. MG

MR DIY tawar 1,000 kerja kosong

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker