Meninggal dunia ketika laung azan Subuh, anak kongsi surah yang Ayah baca setiap malam

Benarkah sifat mati itu mengejut?

Pada hakikatnya, kematian adalah satu ketentuan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan mengalami kem4tian.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemeriksa Kira-Kira Surau Ar-Rayyan meninggal dunia ketika melaungkan azan Subuh.

Menerusi satu perkongsian di Facebook (FB) Lembaga Zakat Selangor (LZS), Allahyarham dikatakan baru saja melaungkan dua rangkap kalimah azan sebelum tiba-tiba terhenti sekali gus menimbulkan tanda tanya penghuni pangsapuri Sri Ixora.

‘Ayah baca surah Al-Mulk setiap malam’

Shah Alam: “Rutin arwah ayah setiap hari membaca ayat suci al-Quran, satu daripada surah yang arwah ayah baca setiap malam adalah Al-Mulk,” luah anak Allahyarham Rosliman Osman, 60, ahli Jawatankuasa (AJK) Pemeriksa Kira-Kira Surau Ar-Rayyan di Seksyen 27, di sini, yang meni-nggal dunia ketika melaungkan azan Subuh, semalam.

Mohd Iddham Rosliman, 30, berkata, dia tidak menyangka suara lelaki bertadarus sebelum masuk waktu Subuh dan melaungkan azan sejak tiga hari lalu, milik arwah ayahnya.

Menurutnya, kebiasaannya, ayah hanya mengaji di rumah sebelum Subuh, namun dalam tiga hari kebelakangan ini mereka agak pelik kerana mendengar orang bertadarus di surau.

“Ia menyebabkan kami tertanya-tanya siapa yang bertadarus kerana biasanya dengar laungan azan sahaja.

“Rakan-rakan arwah ada beritahu sejak tiga hari lalu ayah yang laungkan azan dan mereka cakap ayah ada dengar ceramah kelebihan azan, itu ayah beria-ria.

“Walaupun surau sudah ada bilal tapi ayah menawarkan diri secara sukarela untuk azan sepanjang tiga hari ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibu ayahnya di Pangsapuri Ixora Seksyen 27, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid menyampaikan sumbangan kepada ibunya, Siti Amnah Hanapi, 55.

Mohd Iddham berkata, ayahnya juga sangat positi-f dalam segala perkara, suka berkongsi rezeki dan taat kepada ibu bapa serta seorang ayah yang sangat mengambil berat terhadap anak-anaknya.

“Apa-apa masalah anak, ayah mesti ke depan, nak ambil tahu dan cuba selesaikan.

“Ayah juga selalu bagi idea dan nasihat yang logik kami pun tidak terfikir.. juga keluarkan duit dia untuk bantu anak,” katanya anak ketiga dari 10 beradik itu.

Sementara itu, Siti Amnah berkata, suaminya akan bangun pada jam 5 pagi setiap hari untuk mengaji dan turun ke surau awal untuk solat Subuh berjemaah.

“Saya dan anak-anak faham bila arwah masuk bilik dan tutup pintu, arwah hendak mengaji kemudian kami akan dengar alunan ayat suci dibaca arw4h,” katanya.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham Rosliman, Azri Ahmad, 58, berkata, kenangan bersama rakannya terlalu banyak, malah arw4h disifatkan sangat baik hati dan suka berjenaka walaupun wajahnya kelihatan tegas.

Katanya, mereka selalu bersaing untuk sampai ke surau awal, dan biasanya sebaik azan mereka bertembung di laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun, katanya, semalam arw4h turun lebih awal, manakala dia terpaksa patah balik kerana terlupa membawa sejadah.

“Tiba-tiba saya dengar Allah.. Allah.. Allah kemudian terputus-putus menyebabkan saya terus ke surau.

“Sebaik sampai, seorang wanita meminta tolong sambil memaklumkan ada orang jatuh

“Ketika itu saya nampak arw4h sudah terbaring, selepas memeriksa periksa na-di arw4h saya terus hubungi ambulans.

“Sebaik pihak perubatan tiba, mereka sahkan arwah sudah meni-nggal dunia. Banyak kenangan dengan arwah..,” katanya sebak dan tidak dapat meneruskan kata-kata.

Dalam pada itu, Abdul Basith mengesahkan keluarga berkenaan layak didaftarkan sebagai asnaf dan keluarga akan dipantau oleh LZS dari semasa ke semasa.

“LZS akan memulakan bantuan sewa rumah ini dan semua keperluan pendidikan kepada anak yang masih belajar.

“Hari ini kita beri sumbangan sebanyak RM500 kepada isteri arwah, bantuan lain akan disalurkan mengikut keperluan semasa keluarga ini,” katanya.

“Pemergian arwah umpama kita di dunia meraih ‘keputusan peperiksaan sangat cemerlang’-jemaah Surau Al Rayyan

Kuala Lumpur: “Pemergian arwah umpama kita di dunia meraih ‘keputusan peperiksaan sangat cemerlang’ kerana men-inggal dunia ketika menyebut kalam Allah.

“Saya sebak dan menitiskan air mata apabila berpeluang menyaksikan sendiri kematian husnul khotimah,” kata jemaah Surau Al Rayyan, Mohd Zin Su.

Mohd Zin, 65, antara individu terawal yang tiba di surau terletak di Pangsapuri Sri Ixora, Seksyen 27, Shah Alam sebelum seorang jemaah, Rosliman Osman, 60, meninggal dunia ketika melaungkan azan Subuh, hari ini.

Menceritakan kejadian, Mohd Zin berkata, dia tiba di surau itu kira-kira 5.50 pagi dan melihat Allahyarham Rosliman sudah berada dalam surau.

“Saya lihat dia ceria dan teruja macam selalu, dan kami bertegur sapa sebelum saya membaca al-Quran.

“Apabila masuk waktu (Subuh), arwah bangun untuk melaungkan azan.

“Namun, selepas dua rangkap kalimah ‘Allahu Akbar’ dan ‘Ashadu alla illaha illa Allah’, suaranya mula tersekat-sekat untuk meneruskan alunan azan,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Mohd Zin berkata, dia bergegas memangku Rosliman selepas melihat lelaki itu tiba-tiba rebah dalam keadaan terlentang.

“Dahinya berpeluh-peluh. Saya memanggil namanya, namun dia tidak memberikan reaksi sebelum saya membantunya mengucap kalimah syahadah.

“Pada masa sama, seorang jemaah lain menghubungi ambulans, namun arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, Allahyarham Rosliman yang sebelum ini menetap di Pahang berpindah ke kawasan itu, kira-kira dua tahun lalu.

“Dia teruja menawarkan diri mengalunkan azan. Subuh tadi, kali ketiga arwah melaungkan azan yang juga terakhir buatnya,” katanya.

p/s: Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT supaya mengurniakan kepada kita kema-tian dalam khusnul khatimah sebagaimana yang selalu didoakan oleh salafus soleh: “Ya Allah sudahilah bagi kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan ke atas kami dengan seburuk-buruk kesudahan.”

Sumber: trendingsangat.pw

 

Hanya Sempat Dua Rangkap, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Laung Azan Subuh [ Al-Fatihah ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker