Jasad mendiang Liew Vui Keong disemadikan Isnin ini

Minister in Prime Minister Department (Law) Liew Vui Keong at parliament.
AZHAR MAHFOF/The Star

KOTA KINABALU – Jasad mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong akan disemadikan di Nirvana Memorial Park, Telipok Isnin ini.

Menurut adik mendiang, Peter Liew, jasad abangnya akan dibawa ke sebuah gereja sebelum disemadikan di tanah perkuburan itu.

“Semua (perkara pengebumian) kami sedang uruskan supaya dipercepatkan,” katanya kepada pemberita di kediaman mendiang di sini hari ini.

Peter berkata, beliau menerima berita pemergian Vui Keong pada 11.50 pagi tadi daripada doktor yang merawatnya selepas mendiang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 9 September lepas.



Katanya, sebelum ini Vui Keong ada memaklumkan bahawa beliau terpaksa memandu dalam tempoh lima hari untuk ke beberapa tempat menyebabkan paha kiri mendiang kejang dan mengalami masalah.

Dalam pada itu, Peter berkata, mendiang merupakan seorang abang yang sentiasa ceria dan sering membantu keluarga mahupun rakan.

Beliau berkata pemergian Vui Keong pastinya satu kehilangan buat keluarga mereka.

VK Liew Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia



Dalam pada itu, beberapa pemimpin politik negara menyifatkan mendiang sebagai profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Menerusi laman sosial Facebook dan Twitter, mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergiannya semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Liew Vui Keong. Beliau baik dan mesra dengan saya. Mendiang adalah seorang yang profesional dan berbudi bahasa di Parlimen serta seorang pejuang yang gigih bagi negeri kelahirannya Sabah.”



Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Vui Keong merupakan seorang yang profesional dalam mengendalikan tugas sebagai ahli Parlimen dan bekas menteri.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Beliau seorang yang baik dan sentiasa profesional dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang ahli Parlimen dan bekas menteri. Semoga beliau bersemadi dengan tenang,” katanya menerusi Twitter.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pula menyifatkan Vui Keong bukan hanya sekadar sahabat tetapi juga pejuang untuk Sabah dan Malaysia.

Menerusi perkongsian di Twitter, Guan Eng berkata, “Mendiang serius menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri dan tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada negeri Sabah yang disayanginya. Mendiang bangga dengan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan etniik di Sabah yang perlu dipertahankan daripada puak-puak yang rasis dan pelampau agama.” – Bernama



https://mykmu.net/2017/04/16/tak-siapa-berani-dakwa-mendiang-karpal-sokong-kerjasama-dgn-mahathir/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker