Fazura Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan, Mohon Masa Rahsia Nama & Wajah Anak – TAHNIAH
Pelakon jelita, Fazura akhirnya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Khabar gembira ini disampaikan Fazura menerusi entri terbaru di Instagram miliknya. Tahniah diucapkan!
Selamat lahirkan cahaya mata perempuan
Fortunate is a woman whose first child is a daughter – Prophet Muhammad SAW
Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
Salam sayang dari kami bertiga.
Dearest everyone. We are delighted to announce the birth of our first bundle of joy on this blessed Friday, 14 Safar 1442 and 2nd October 2020. She is a healthy babygirl bringing with her so much love and happiness into our lives.
Please allow us to keep our precious baby’s name and face a secret until after seven days from today, following the sunnah of our beloved Prophet Muhammad (PBUH). In shaa Allah.
We are truly grateful for your continuous love and prayers from the very beginning until Fazura’s safe delivery.
Lots of Love from the three of us.
@fattzuralovelife
Menurut pelakon Gol & Gincu ini lagi, pihaknya terpaksa merahsiakan wajah dan nama anak sehingga ke hari ketujuh selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.
Dia turut berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat mereka termasuk suami, Fattah Amin
Terima kasih atas semua ucapan
Tambah Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia dan isterinya memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama serta wajah bayi mereka sehingga hari ketujuh kelahiran selain berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.
Rata-rata rakan selebriti dan peminat turut meluahkan rasa syukur serrta mengucapkan tahniah atas kelahiran zuriat terindah itu.
Terdahulu, pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.
Sumber:Fattahaminz , Nur Fazura
Zuriat adalah hadiah terindah, Fazura sambut hari lahir ke-37