Cara Mohon dan Semak Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 Untuk Golongan PKS
Permohonan kini boleh dibuat mulai hari ini dari 1 hingga 31 Oktober 2020.
Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan
Sebelum ini, umum sedia maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai usaha mengurangkan kesan Covid-19 ke atas perniagaan.
Kali ini, kerajaan sekali lagi melaksanakan inisiatif melalui Geran Khas Prihatin 2.0 (Pembukaan Semula) kepada golongan PKS bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 dan pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020
Menurut sumber, mereka yang ingin memohon GKP 2.0 perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
Berdaftar dengan agensi-agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
– Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
– Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
– Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Disertakan juga lampiran soalan lazim atau FAQ dari LHDNM berkenaan GKP 2.0
Says
Cara Mohon dan Semak Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Untuk Golongan B40, M40
SPA8i Kini Telah Digantikan SPA9, Ini Cara Untuk Anda Semak & Mohon Kerja Dengan Kerajaan