Mahathir kantoikan diri sendiri semalam – Najib

Berikut adalah dari FB Najib Razak.

PM4/7 ini ada satu perangai pelik.

Dia akan ulangkan perkara yang sama berkali-kali walaupun ianya jelas satu pembohongan tersangat nyata.

Seolah-olah Rakyat mudah ditipu atau mudah lupa.

Sebagai contoh dalam wawancara semalam, dia ulangkan kenyataan bohong bahawa semasa dia PM dia tak pernah benarkan anak-anak dia masuk politik dan berniaga dalam Malaysia.

Dah banyak kali saya buktikan ini satu bohong tapi PM4/7 masih nak ulang.

Sebenarnya dia telah kantoikan sendiri tanpa disedar semalam.

Mula-mula dia kata dia tak benarkan anak dia berniaga dalam Malaysia masa dia PM.

Lalu dia kata anak dia terpaksa jual syarikat perkapalan dia kepada MISC apabila anak dia menghadapi bankrap.

Eh.. Syarikat perkapalan itu di Malaysia. MISC juga syarikat Malaysia dimilik Petronas.

Sendiri kata anak dia tak berniaga dalam Malaysia dan sendiri yang kata beberapa minit kemudian bahawa anak dia terpaksa jual syarikat kapal kepada MISC pulak?

Tang mana anak dia tak berniaga dalam Malaysia masa dia PM?

Untuk peringatan Tun, ketiga-tiga anak kamu banyak meniaga dalam Malaysia semasa kamu PM dan memiliki lebih satu dozen syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia..

Anataranya syarikat Konsortium Perkapalan, Artwright, Dataprep, Diperdana Corp, Pelikan, Reliance, Tongkah Holdings, Pantai Hospitals, Phileo Allied Bank, Phileo Land, Kamunting Corp, Eastern & Oriental Berhad, Opcom Berhad dan lain-lain.

Tahun lepas, seorang anak Tun juga pernah mengaku diberi kawasan pembalakan 1,000 hektar semasa Tun M jadi PM:
https://www.malaysiakini.com/news/489721

Memilik lebih satu dozen syarikat tersenarai di Bursa Malaysia pun tidak dianggap sebagai meniaga dalam Malaysia?

Semasa Tun M jadi PM, anak dia sudah jadi ketua pemuda UMNO bahagian Merbok, timbalan bendahari Pemuda pusat dan bendahari UMNO Kedah:
http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/2001-2005/2003/00085578.pdf

Tang mana yang anak Tun tak masuk politik masa Tun jadi PM?

Najib dedah kenapa Tun M membencinya

Related Articles

One Comment

  1. Syabas DSNR,tibai balik Atok tu cukup cukup.Dia ingat orang lain tak tau taik dia masa jadi PM 22 tahun dulu.Dia ingat dia tip top serba baik,orang lain semua jahat,kedekut.Ngumpat plak,dosa.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker