Zuriat adalah hadiah terindah, Fazura sambut hari lahir ke-37

Sempena ulang tahun kelahiran ke-37 hari ini, pelakon dan penyanyi Fazura menerima ucapan istimewa daripada suaminya Fattah Amin.

Menurut Fattah, tiada kata-kata dapat digambarkan betapa istimewanya pelakon filem J Revolusi itu terhadap dirinya selain akan terus mencintai setiap hari.

“Happy birthday to my superwoman wife, your birthday will come and go, but my heart will never let go of you. Words cannot describe how special you are to me. I love you more and more everyday,” katanya.

Bagi Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin pula, dia menyifatkan rezeki bakal menimang cahaya mata merupakan hadiah paling bermakna pada tahun ini.

“My greatest gift”

Posting mereka berdua dipenuhi komen pengikut dengan mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan agar urusan bersalin berjalan lancar.

Selamat hari jadi!

Moga bersalin dengan selamat

Allah permudahkan segalanya

Tak sabar nak tengok Fattzura junior!

Sumber: OHMyMedia, Fattah Amin , Fazura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker