Kami akan jumpa Yang di-Pertua sekarang, kata Bung
Pertemuan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengenai jawatan ketua menteri Sabah seolah-olah menemui jalan penyelesaian ketika pemimpin parti meninggalkan mesyuarat hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata, beliau antara pemimpin parti yang akan bertemu Yang di-Pertua Negeri hari ini.
Katanya, beliau “sangat gembira” dengan hasil pertemuan itu. Ketika ditanya apakah beliau akan bertemu Yang di-Pertua Negeri sekarang, Bunng berkata: “Ya.”
Bagaimanapun, beliau mengelak apabila ditanya siapa yang diputuskan dalam pertemuan itu sebagai calon ketua menteri dengan berkata: “Kami akan biar Yang di-Pertua putuskan.”
Ketika didekati media, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata: “Semua orang gembira. Kami menang (pilihan raya). ”
Sementara itu, Setiausaha Agung BN Ahmad Maslan berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat sokongan 41 Adun, lebih 3 daripada yang dimenangi pakatan itu semalam.
Dipercayai, GRS mendapat sokongan 3 Adun bebas yang menang dalam pilihan raya semalam untuk membentuk kerajaan negeri. FMT
Umno will never work with any party that shares political power with DAP, says party info chief
You must be logged in to post a comment.