Fenomena halo matahari di Singapura undang teruja orang ramai termasuk Perdana Menteri Singapura
Fenomena halo matahari yang merupakan lingkaran yang muncul di sekeliling matahari sememangnya sangat jarang sekali ditemui tetapi pada 22 September lalu, penduduk di Singapura dapat menyaksikan keindahan fenomena ini di negara mereka.
Dan, seperti yang dijangka, fenomena ini mendapat perhatian ramai selepas laman rasmi Garden by the Bay mula memuat naik rakaman gambar fenomena yang sangat indah ini di media sosial mereka.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga tidak melepaskan peluang untuk memuat naik hasil rakamannya di laman Instagram miliknya dengan kapsyen:
“Gegelung pelangi yang indah ini dirakam di @gardensbythebay pada tengah hari hari ini!”
Menurut Astro Awani, fenomena halo adalah fenomena optikal yang melingkari sumber cahaya yang ada seperti matahari atau bulan.
Fenomena halo ini merupakan salah satu kejadian alam yang biasa dan terjadi disebabkan refleksi cahaya matahari atau bulan oleh kristal-kristal ais
yang terkandung di dalam awan. – Era Baru
You must be logged in to post a comment.