Terima Mesej Lucah, Minta Gambar Bogel Adibah Noor… “Akak Macam Gajah Mengantuk Ni Pun Orang Minta…”

Pelakon dan penyanyi Adibah Noor mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi paparan skrin perbualan yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya di Instagramnya.

Menerusi perbualan terbabit, pengguna berkenaan tampil memberikan salam namun kemudiannya meminta gambar bogel Adibah.

“Salam kak hantar gambar bogel,” tulis pengguna berkenaan.



Bagaimanapun, Adibah berseloroh dengan menghantar gambar kucing miliknya yang sedang tidur kepada individu tersebut.

“Awak bayangkan je lah ni saya. Babai,” balasnya ringkas.

Mengulas mengenai situasi tersebut, kata Adibah dia tidak menyangka akan menerima mesej sedemikian.

“Akak yang macam gajah mengantuk ni pun orang minta. Bayangkan yang muda, cantik, mulus tu semua berapa banyak request macam ni yang mereka terima,” tambahnya.

 



Bagaimanapun, pengguna berkenaan memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya itu.

“Saya tak sengaja. Saya akan bertaubat, saya tahu atas kesalahan saya,” tulis individu terbabit selepas diserang peminat Adibah.

Bagaimanapun, situasi yang berlaku kepada Adibah itu sedikit sebanyak mencetuskan rasa berang dalam kalangan peminatnya.



Malah, ada yang meminta pelantun lagu Terlalu Istimewa itu membuat laporan polis atas dakwaan gangguan seksual.


Gempak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker