Sorakan bergema bila Bung Moktar umum kemenangan

Sorakan kemenangan bergema di lokasi berkumpul pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS), di Ibu Pejabat UMNO Sabah apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan GRS menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut Bung Moktar, keputusan itu memastikan gabungan itu seterusnya akan membincangkan hala tuju parti apabila membentuk kerajaan negeri baharu.
backup_ads

“Setakat jam 9.23 malam ini, saya ingin maklumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mendapat majoriti mudah. BN Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan oleh rakyat Sabah yang ingin keluar daripada jajahan Parti Warisan.

“GRS akan bincang untuk bincang hala tuju dan masalah lain. Kerajaan baharu ini akan terus membela nasib rakyat Sabah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO Sabah, Kota Kinabalu pada Sabtu.

https://mykmu.net/2017/02/27/bagaimana-mahathir-sanggup-terima-sorakan-dan-ejekan-pada-usia-emas/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker