BN Terus Dapat Sokongan, Misi Tukar ‘Sabah Ubah’ Kepada ‘Ubah Balik’
Dalam meniti hari-hari terakhir berkempen menjelangnya hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini, Barisan Nasional (BN) terus mendapat sokongan dari rakyat khususnya pengundi yang mahukan ‘Sabah Ubah’ menjadi ‘Ubah Balik’.
Hal ini dirasai oleh calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Hamild @Hamid Awang yang terus bersemangat dengan merancakkan aktiviti kempennya dalam suana terus patuh kepada SOP kerajaan agar Covid-19 dapat diputuskan.
“Alhamdulillah kempen berjalan dengan baik dan mudah-mudahan sehingga 26hb nanti iaitu hari pengundian juga diharap semuanya akan dapat dijalankan dengan baik tanpa ada halangan-halangan.
“Alhamdulillah juga kerana sehingga ke hari ini, kita telah berjumpa dengan pengundi-pengundi kita dan ini kita tingkatkan sehingga mencapai keseluruhan pengundi di DUN Balung ini. Insya-Allah,” katanya memetik laporan UMNO Online selepas program Santai Bersama Anak Muda ‘Begulai Taka Anak Biak’ yang berlangsung di perkampungan masyarakat Iban, di Kuala Nansang, baru-baru ini.
Berkaitan dengan sambutan dari pengundi, Hamild menzahirkan penghargaan dan gembira kerana sokongan dari rakyat amat baik sekali.
“Kita yakin dan keyakinan terhadap BN ini kita lihat sangat tinggi memandangkan sambutan mereka kepada kita amat baik sekali. Setiap kali berjumpa mereka memberi tahu saya untuk mengundi BN dan tahu hanya BN yang boleh bantu rakyat,” katanya.
Hamild meninjau anak-anak muda yang melibatkan Puteri UMNO Tawau dalam program menganyam tikar dan bakul iaitu tradisi kepada masyarakat Iban, di daerah ini.
“Insya-Allah, jika saya diberikan kepercayaan sebagai wakil rakyat selepas kemenangan BN pada Sabtu nanti, maka saya berjanji akan membawa suara masyarakat Iban ini kepada pihak yang berwajib dan menyokong aktiviti-aktiviti pembuatan kraftangan sedemikian,” katanya.
Dalam program ini, anak muda berpeluang melihat dan mempelajari bagaimana rumitnya kerja-kerja anyaman yang sememengnya sudah sebati dengan masyarakat Iban.
Bukan itu sahaja, anggota Puteri yang terlibat turut memberi barangan anyaman tali menjadi beg, bakul dan lain-lain sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. BN
You must be logged in to post a comment.