Suarez sebak peluk Messi sebelum tinggalkan Nou Camp

Luis Suarez buat kali terakhir mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan di Barcelona dalam keadaan sebak dan berat hati.

Pemain Uruguay itu akhirnya meninggalkan the Catalans untuk menjalani ujian perubatan sebelum memuktamadkan penyertaan bersama Atletico Madrid.

Sebelum itu, Pengerusi the Catalans, Josep Maria Bartomeu terlibat dalam usaha menyekat penyertaan Suarez ke pesaing terkuat La Liga itu.

Bagaimanapun, sumber membongkarkan rahsia Suarez mengugut Josep akan mengadakan sidang media bersama peguamnya untuk mendedahkan niat jahat kelab itu kepada dunia sekiranya tidak merestui hasratnya menyertai Atletico Madrid.



Barcelona di ambang krisis sejak dibelasah 8-2 oleh Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Persahabatan akrab yang terbina sejak enam musim lalu bersama Messi menyebabkan Suarez sebak meninggalkan kelab semalam untuk menyertai Atletico Madrid

Pengurus baharunya, Ronald Koeman terlibat dalam proses mebersihkan pasukan itu dengan mencampak pemain pemain bergaji mahal yang tiada dalam rancangan pembangunan semula kelab itu.

Suarez pemain ketiga meninggalkan Barcelona selepas Arturo Vidal, 33, menyertai Inter Milan dengan nilai £1 juta sahaja dan Ivan Rakitic.



Suarez adalah pemain sangat popular dalam pasukannya dan sangat rapat dengan Lionel Messi.


Suarez meninggalkan padang latihan Barcelona pada Rabu selepas meluangkan masa buat kali terakhir dengan rakan-rakan sepasukannya khususnya Lionel Messi yang merupakan sahabat akrab sepanjang enam musim di Nou Camp.

Dia kelihatan sebak dan berat hati ketika memandu keluar meninggalkan pusat latihan itu oleh para pemberita yang menunggu di pintu masuk untuk merakamkan visual Suarez.

Suarez meninggalakan Nou Camp sebagai penjaring ketiga terbanyak sepanjang masa sepanjang enam tahun bersama kelab itu sejak 2014. MG



Messi ubah fikiran, kekal bersama Barcelona

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker