Cara Mohon dan Semak Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Untuk Golongan B40, M40
Umum sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) membabitkan peruntukan RM7 bilion semalam.
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat hujung bulan Oktober 2020 dan pada Januari 2021.
Menurut laporan, Perdana Menteri berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang sudah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.
Kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.
Kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.
Begitupun, permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0
Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baru mulai 15 Oktober 2020.
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.
Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.
Berikut di bawah adalah kategori dan jumlah bayaran yang akan diterima:
Cara permohonan baru dan rayuan serta semakan status penerimaan BPN 2.0
Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN. Kategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. Semak kelayakan anda di sini.
Sementara itu, anda juga boleh mengemukakan permohonan baru atau rayuan pada tarikh yang sama iaitu mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori isi rumah atau bujang sekiranya menepati syarat kelayakan. Sila klik link di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 bagi golongan B40 dan M40 layari laman web Portal Rasmi BPN.
Disertakan juga lampiran soalan lazim atau FAQ dari LHDNM berkenaan BPN 2.0
SAYS
PRIHATIN 2.0 : B40 RM1000, M40 RM600 yang tidak pernah menerima boleh memohon – Muhyiddin