20 Pengajaran Yang Saya Belajar Selepas Usahakan Bisnes Kedai Makan RM2 yang anda perlu tahu
Saya nak kongsikan pengalaman saya buka restoran. Nama Restoran saya ialah Nasi Ayam Aku Dan Istanbul.
Konsep restoran ini satu nasi boleh makan banyak jenis lauk ayam. Sepiring hanya RM2. Idea saya ialah untuk orang yang suka makan banyak pilihan. Jika nak senang lagi faham, lebih kurang konsep macam Boat Noodle.
Lepas siapkan kertas kerja saya cari pendana. Dalam 2 hari saya dapat 2 orang rakan kongsi dengan modal RM50,000. Cari lokasi restoran. Pilihan terakhir ambil yang di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Ideanya ialah makan murah dan dekat dengan UITM.
Jadi ini 20 perkara yang saya belajar daripada bisnes Nasi Ayam Aku dan Istanbul:
1. Sewa kedai RM4,500. Deposit 5 + 1.
2. Impian saya nak ada semua pekerja tempatan. Saya cari sampai dapat. Alhamdulillah dapat satu team semua orang tempatan berbangsa Melayu.
3. Dari hari pertama dapat kunci restoran, nak kemas nak ubah suai, setiap hari ada orang Indonesia datang minta kerja. Semua saya tolak.
4. Hari pelancaran, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tetapi, petang itu chef kedua cabut lari. Mesej saya minta maaf terpaksa berhenti sebab dapat kerja jadi Chef dalam kapal persiaran.
5. Rakan kongsi saya dah menangis. Chef kedua ini penting sebab dia yang bertanggungjawab sediakan dan masak semua jenis lauk-lauk.
6. Malam tu saya tak balik rumah. Saya tidur berseorangan di restoran. Saya siapkan apa yang patut untuk hari pertama pembukaan restoran.
7. Jualan hari pertama, masakan semua rasa ke laut. Jualan dapat RM300 lebih. Kecewa campur penat. Perlahan-lahan kami baiki masakan dan servis.
8. Minggu pertama buka sudah buang seorang pekerja. Kerja baru 2 minggu tapi asyik minta cuti saat akhir.
9. Minggu kedua dah mula terima pekerja orang asing. Saya ambil untuk kerja basuh pinggan sahaja.
10. Saya cuba iklankan restoran saya di Facebook. Beberapa kali viral. Ada sekali itu teruk kena maki dengan pelanggan. Staf dan makanan tak cukup. Jadi sebelum nak viralkan produk anda, pastikan restoran cukup staf dan makanan.
11. Minggu demi minggu ramai pekerja Melayu berhenti. Sama ada diberhentikan atau balik universiti untuk sambung belajar.
12. Pekerja Melayu mula berkurang. Pekerja Indonesia mula bertambah. Dalam tempoh 3 bulan buka restoran, 12 orang pekerja sudah bertukar ganti.
13. Akhirnya hanya ada seorang sahaja pekerja Melayu yang setia iaitu Pengurus restoran saya.
14. Selepas beberapa ketika perniagaan mula meningkat. Alhamdulillah. Setiap Sabtu-Ahad kena tambah pekerja separuh masa.
15. Banyak majlis dibuat di restoran kami. Bayangkan dengan harga RM8/pax, pelanggan dapat makan 1 nasi 3 piring lauk dan air. Kalau letak atas meja memang meriah.
16. kalau makan 10 orang di kedai tomyam mungkin caj dikenakan mencecah RM150-200. Tetapi di restoran kami kalau 10 orang makan cajnya mungkin sekitar RM60-80 sahaja.
17. Di sini saya mula sedari kesalahan kami. Restoran kami terlalu murah. Jika di Boat Noodle walaupun makanan semangkuk RM2 lebih tetapi harga airnya mahal. RM5-8 segelas.
18. Akibat guna banyak piring kos membasuh menjadi tinggi. Pekerja membasuh pinggan pula perlu ditambah setiap hujung minggu.
19. Pelbagai cara kami cuba untuk meningkatkan jualan dan menukar menu.
20. Akhirnya kami terpaksa mengalah pada bulan Februari 2020. Kami buat keputusan untuk menutup restoran. Bulan Mac Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. Alhamdulillah kami buat keputusan yang tepat dengan menutup restoran.
21. Walaupun restoran tutup hubungan saya dengan pekerja dan rakan kongsi tetap baik. Duit pelaburan saya bayar ikut perjanjian. Sehingga kini saya dan rakan kongsi masih merancang untuk bangunkan semula konsep Nasi Ayam Aku Dan Istanbul ini.
Terima kasih kepada semua yang menyokong dan datang makan di restoran kami. Ramai yang memuji nasi ayam kami dan ramai juga yang memberi kritikan membina.
Doakan kami berjaya pada masa akan datang. Jika ada yang rasa penulisan ini bermanfaat boleh kongsikan pada mereka yang nak buka restoran. Semoga tidak buat kesalahan yang kami buat. Vocket
“Successful people don’t fear failure but understand that it’s necessary to learn and grow from.” — Robert Kiyosaki
Sivagangga : Penduduk, peniaga Napoh saman tauke nasi kandar RM 1 Juta
You must be logged in to post a comment.