Giliran Covid-19 dituduh sandiwara, Bertabahlah Petugas Kesihatan dan Barisan Hadapan [Video]

Semakin menjadi – jadi mantan menteri PH ini. Rakyat lihat dengan mata dan kepala mereka sendiri bahawa anggota keselamatan negara berjungan dengan bergadai nyawa semasa Tragedi Hitam Negara yang menyaksikan Sabah diceroboh.

Pengorbanan ATM & PDRM dihina dengan kenyataan bahawa anggota keselamatan hanya masuk kampung berlawan dengan ayam dan anjing sahaja.

Ini betul – betul biadap dan tidak boleh diterima oleh rakyat.

Artikel Berkaitan : Mohammadin hina pasukan keselamatan lawan dengan ayam dan anjing di Lahad Datu 

Artikel Berkaitan : Peristiwa Lahad Datu: Isteri kehilangan suami, anak kehilangan ayah itu Sandiwara? [Video]

 

Kini tiba Covid-19 pula dituduhnya sandiwara semasa berkempen dihadapan mengundi cina. Kata beliau:

“Konon 2, 3 hari sebelum mengundi akan menular Covid-19, sangat serius katanya di P188.

Ada lagi mainan mereka (pembangkang) kononnya akan ada orang disuruh pengsan di tempat mengundi kerana Covid-19.

“Bukan Covid-19 itu, itu wayang dan sandiwara supaya mereka nak pengundi lari bertempiaran balik,”

https://youtu.be/zUMsGwKHP3k

Tidak cukup dengan tuduhan itu diajarnya rakyat agar tendang dan pijak pula mereka yang pengsan itu.

Luar biasa sungguh cara berkempen Ahli Parlimen Silam ini. Dimata ‘beliau’ (versi YB Melaka) semuanya politik semuanya sandiwara.

Kenyataan beliau ini benar – benar menghina segala pengorbanan petugas kesihatan dan barisan depan sepanjang pendamik Covid -19 ini.

Adakah rakyat yang terkorban nyawa juga adalah sandiwara? Cukuplah – cukuplah YB bawalah bertaubat sebelum terlambat.

Buat para petugas kesihatan dan barisan hadapan serta keluarga jika anda membuang undi nanti fikirlah semula apakah parti dan calon seperti ini yang anda mahukan?

Tepuk dada tanya iman guna akal.

Yeop Karai

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker