Mohammadin hina pasukan keselamatan lawan dengan ayam dan anjing di Lahad Datu [Video]

 

Pemimpin kanan Warisan, Mohamadin Ketapi menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013 sebagai sandiwara.

Malah beliau juga mendakwa bahawa tentera dan polis masuk kampung lawan dengan ayam dan anjing disamping memusnahkan kebun kelapa sawit penduduk di situ.

Katanya lagi peristiwa Lahad Datu (Tanduo) berlaku kerana sandiwara kerajaan mahu mengadakan pilihan raya ketika itu.

Ini adalah satu penghinaan terbesar kepada anggota keselamatan kita. Ramai yang terkorban dalam peristiwa berdarah ini.

Ternyata pemimpin Warisan hanya mahu bermain politik tanpa mengambil kira perasaan anggota keselamatan kita dan keluarga mereka.

Kerajaan harus mengambil tindakan ke atas Mohamadin Ketapi atas dakwaannya yang cukup menghina.

Di manakah rasa hormat pemimpin parti Warisan ini kepada anggota keselamatan Malaysia yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan bumi Sabah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker