Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman peguam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan untuk mengetepikan saman seorang peguam berhubung pengampunan diraja untuk Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan untuk menolak permohonan dibuat Anwar itu dalam prosiding terbuka pagi ini

Ekoran itu Anwar -melalui peguamnya – mengemukakan permohonan untuk mengetepikan permohonan Khairul Azam pada 2 Jun lalu.

Untuk rekod saman tersebut dikemukakan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz pada 26 Feb lalu bagi mencabar nasihat Lembaga Pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan kes liwat Anwar.




Peguam cabar kesahan Lembaga Pengampunan diraja isu Anwar

Peguam kontroversi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman untuk mencabar nasihat Lembaga Pengampunan terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan kes liwat Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau telah mengarahkan tetuan Messrs Raja Riza & Associates memfailkan writ saman yang menamakan lembaga itu dan Anwar sebagai defendan.

Ia difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 4.30 petang ini.



“Antara lain, saya ingin mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan ketika itu yang ditubuhkan secara salah dan tidak menepati keperluan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa sebagai pihak terkesan dalam isu ini, maka saya mempunyai hak untuk mengemukakan persoalan ini kepada Mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan peguam cara saya untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya merujuk kepada nasihat kepada agong pada 16 Mei.

Pada tarikh itu Anwar dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan penuh diraja dalam kes liwat melibatkan Mohd Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker