SKMM siasat aduan kurang kelajuan pakej Unifi 500Mbps

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memulakan siasatan ke atas aduan pengguna berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan Telekom Malaysia Berhad (TM) bulan lalu.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata, butiran aduan menyatakan TM menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps.

Setelah meneliti semula laman sesawang jualan rasmi TM, SKMM berkata, pengadu mengesan pakej itu berubah sejak 2 Sept lalu dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps.

“Aduan ini turut dilaporkan beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terpedaya dengan tawaran dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu.”

Menurut kenyataan itu, SKMM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan, jika siasatan awal mendapati terdapat unsur melanggar kepentingan pengguna.

Katanya, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuat kuasakan SKMM memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan ia memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus serta adil. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker