RON95, RON97 turun 3 sen, diesel turun 5 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 3 sen manakala diesel pula turun 5 sen berkuat kuasa 19 hingga 25 September ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.66 seliter diturunkan kepada RM1.63 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 diturunkan kepada RM1.93 seliter yang mana sebelum ini RM1.96 seliter.

Kementerian itu juga mengumumkan penurunan harga runcit diesel yang turun daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.

Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.-Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker