Budak lelaki 6 tahun tergelincir, kaki tersangkut dalam lubang tandas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit.
Ini adalah selepas dia tergelincir dan kaki kanannya tersangkut dalam lubang tandas di sebuah rumah di Tasek Gelugor, Butterworth pada Khamis.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang pihaknya menerima panggilan pada jam 4.07 petang berhubung kejadian itu.
“Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kaki kanan mangsa telah tersangkut di dalam lubang tandas hingga paras paha.
“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.25 petang selepas usaha dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius.
Adalah penting untuk para ibu bapa memberi peehatian khusus kepada kanak-kanak ketika menggunakan tandas kerana tandas selalunya licin dan membahayakan sekiranya terjatuh.
Awani
You must be logged in to post a comment.