Syed Saddiq daftar Muda sebagai parti politik hari ini
Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dia akan mendaftarkan ‘Muda’ sebagai sebuah parti politik hari ini.
Dalam wawancara dengan stesen radio BFM hari ini, Syed Saddiq berkata Muda akan menjadi parti politik Malaysia pertama diterajui golongan belia berbilang kaum.
“Selepas wawancara ini, saya akan ke terus ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendaftar Muda sebagai parti politik.
“(Ia akan jadi) parti Malaysia pertama diterajui belia, berbilang kaum dan agama untuk memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia- tua dan muda, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan,” katanya ketika wawancara bersama stesen radio BFM 89.9 pagi tadi.
Syed Saddiq juga mengingatkan bahawa sebarang halangan yang bakal dihadapi sewaktu pendaftaran parti itu akan mengundang kecaman masyarakat.
“Saya sangat pasti majoriti masyarakat Malaysia sedia maklum dan jika terdapat sebarang halangan dalam usaha kita, ia adalah cubaan untuk menghentikan (dan) menghalang kemajuan dalam meraih entiti politik sah dan untuk membungkam suara anak muda seperti yang mereka lakukan kepada Veveonah (Mosibin) di Sabah.
“Saya rasa ini akan mengundang kecaman yang hebat,” katanya lagi.
Bekas ketua pemuda Bersatu itu juga menambah dia telah “merayu secara peribadi” kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkenaan rancangan Muda.
“Jadi saya harap tidak ada halangan politik,” tambahnya.
Untuk rekod, ROS diletakkan bawah Kementerian Dalam Negeri. Mk
You must be logged in to post a comment.