Seperti Dalam ‘Catch Me If You Can’, Doktor Palsu Berkhidmat Di 16 Hospital Ini Hanya Lulus Darjah 5
Veeragandham Teja, seorang doktor palsu yang kantoi penipuannya selepas empat tahun menjadi pegawai perubatan. Dirinya telah berkhidmat di 16 buah hospital swasta di India ketika berusia 23 tahun.
Menurut pegawai polis di Rachakonda, Veeragandham Teja hanya belajar setakat darjah lima dan tidak pernah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan. Malah, dia juga telah memimpin kem perubatan dan menjadi sukarelawan ketika penularan wabak pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, statusnya terbongkar selepas isteri keduanya membuat laporan polis dan mendakwa didera secara mental serta fizikal oleh Teja. Siasatan mendapati Teja telah memalsukan ijazah bidang perubatan dan beberapa sijil kedoktoran miliknya.
Teja bijak dan mampu memperdayakan sesiapa sahaja untuk membuatkan orang ramai percaya dirinya seorang doktor. Malah, dia juga mengikuti kelas perubatan asas untuk mengelakkan rahsianya terbongkar.
Difahamkan, Teja dilaporkan tidak pernah mendatangkan masalah kepada pihak atasan sepanjang bergelar doktor dan turut dikenali sebagai seorang doktor yang berdedikasi. Vocket
You must be logged in to post a comment.