Pengacara dan Penulis Lirik terkenal Fedtri Yahya kemalangan, selesai jalani pembedahan
KUALA LUMPUR – Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan, malam tadi.
Menerusi laman sosialnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai mendoakan suaminya.
“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.
Ramai warganet dan rakan artis turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Lah Ahmad, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman.