Calon Termuda BN Ikrar Bawa Perubahan Drastik Demi Pembangunan Belia
Kelebihan sifat keperibadian calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dipercayai akan membawa perubahan drastik kepada pembangunan belia dan masyarakat di Kota Marudu.
Yillson Yanggun, 23 tahun yang merupakan calon termuda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini terbukti disenangi ramai dan memiliki banyak kelebihan sikap terpuji dan kaya dengan nilai-nilai murni.
Keluhan Rakan-Rakan Sewaktu Pemerintahan Warisan Jadi Pembakar Semangat Saya – Sufian Abd Karim
Menurut salah seorang rakan seperjuangan ketika aktif dalam kelab dan Majlis Belia Kota Marudu, Mimiwati Sakaria, 40, Yillson seorang yang bersifat rendah diri, mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
Mimiwati berkata, Yillson tidak pernah meninggi diri, bahkan akan menitikberatkan pandangan orang lain, mudah dibawa berbincang, selain sentiasa menghormati orang lain terutamanya yang lebih berumur darinya.
“Beliau seorang yang berjiwa rakyat, walaupun masih muda tapi telah lama berkecimpung dalam bidang kepimpinan, iaitu sejak berumur 17 tahun ketika beliau mula menjadi pengerusi untuk Kelab Belia Marak Parak.
“Biarpun beliau seorang calon yang paling muda untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, dan sering dikaitkan dengan kurang pengalaman, tapi beliau seorang yang berwawasan.
“Selain itu, beliau seorang yang berpandangan jauh dan berfikiran lebih matang berbanding dengan apa yang dijangkakan jika hanya dibandingan dengan umurnya,” katanya.
Menurut Mimiwati, sebelum menjadi calon, Yillson cukup disenangi orang sekelilingnya khsusunya belia dan warga emas kerana beliau memang seorang yang prihatin, baik hati dan selalu menolong mereka yang memerlukan.
“Sebagai salah seorang penduduk di daerah ini, banyak yang kami harapkan daripada calon pemimpin muda ini, terutamanya dalam soal mewakili rakyat menyuarakan permasalahan di kawasan Tandek.
“Bukan belia sahaja, bahkan kebajikan pelbagai masyarakat tanpa mengira umur, agama dan kaum yang sangat memerlukan khususnya warga emas, orang kelainan upaya dan ibu tunggal amat mengharapkan kepimpinan yang terbaik daripada calon pilihan ini, katanya.
Tambah Mimiwati, Yillson juga tidak gentar meskipun bakal bersaing dengan mereka yang lebih veteran daripadanya. BN