Bung : PPBM tak sabotaj di Dun Darau, cuma merajuk
Meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilihat turun padang Barisan Nasional (BN) berkempen di DUN Darau namun Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehingga kini tidak ada sabotaj yang berlaku.
Tidak menolak Bersatu merajuk kerana tidak bertanding di kerusi itu namun Pengarah BN Sabah itu yakin ia tidak akan berlarutan.
“Berhubung dengan ketidakhadiran pemimpin Bersatu di Darau mungkin mereka perlu masa bertenang sebab Bersatu juga mahu kerus bertanding di Darau, biasalah ada merajuk sikit.
“Yang penting tidak ada unsur- unsur sabotaj yang di bawah,” katanya lagi.
Mengenai pertembungan di beberapa buah kerusi antara Perikatan Nasional (PN) dengan BN tambah beliau tidak bermakna tiada kesepakatan sebaliknya ia menjadi suatu kelebihan asalkan Parti Warisan dapat dijatuhkan.
“Kesungguhan mana-mana parti melihat mereka boleh menang maka terjadilah pertembungan secara persahabatan. Mana-mana parti yang menang asalkan bukan Warisan akan memberikan kelebihan kepada komponen-komponen BN,” tambah beliau. MG
Takkan rakyat Sabah nak pilih parti perompak@ umno BN atau parti pengkhianat nasional@bersatu.
Rakyat Sabah Ada maruah baa