Bung Moktar tak mahu manifesto jadi bahan gelak rakyat

Pengerusi Barisan (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin manifesto yang dilancar petang ini mengandungi tawaran yang akan dilaksanakan kepada rakyat negeri itu.

Beliau sedar kepentingan manifesto akan memberi kesan kepada penerimaan rakyat terhadap sesebuah parti yang dilihat mampu atau sebaliknya untuk menjadi kerajaan.

“Sebab kita percaya kalau kita tidak menunaikan manifesto kita rakyat akan tolak kita,” katanya ketika Program Ramah Mesra bersama calon DUN Karambunai Datuk Yakubah Khan dan DUN Darau Datuk Jumat Idris hari ini.

Hari ini dijangka Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan Manifesto BN dan Perikatan Nasional sebagai tawaran kepada rakyat menjelang PRN Sabah 26 September ini. MG

Diminta mengulas mengenai manifesto yang akan dilancar petang ini bersama-sama Akujanji BN dan PN, Bung Moktar berkata, parti itu hanya akan memberi tawaran yang boleh dilaksanakan.

“Saya berkeyakinan sebab manifesto ini kita telah rangka dari awal sudah tentu akan dapat ditunaikan kita tidak mahu manifesto ini dijadikan sebagai satu bahan gelak ketawa rakyat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker