Demi agama, bangsa dan negara.. Air mata adalah saksinya..
Saya tidak mahu kongsi gambar pemimpin-pemimpin atas pentas.
Ramai lagi yang masih ingat, ramai juga yang dah kongsi.
Sebaliknya saya ingin tunjukkan gambar-gambar di sekitar Dewan Merdeka di PWTC semasa Himpunan HPU914.
Lihatlah. Ketika itu, PH memerintah.
Umat Islam tergugat.
Rakyat dihina, dipijak.
Serangan, dendam politik bertubi-tubi.
Keadaan negara tidak stabil.
Kroni diutamakan.
Kehidupan rakyat pula susah.
Seorang demi seorang. Di kampung, di luar bandar, di pekan, di bandar.
Mereka bersuara. Mereka keluar beramai-ramai. Mereka menyokong.
Muafakat Nasional dijulang menentang kezaliman dan kelemahan pengurusan PH.
Ya. Hari ini ulang tahun pertama Muafakat Nasional.
Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan kepada saudara-saudari semua.
Atas semangat dan sokongan saudara-saudari lah, lahir sebuah muafakat dan perjuangan.
Kita sewajarnya juga mengambil masa mempertimbangkan masa depan kita bersama.
Sama ada pengukuhan atau perubahan, dan ke arah mana yang kita ingin tuju.
Akar umbi lah penentu segala-galanya.
Selamat menyambut ulang tahun wahai warga Muafakat Nasional.
Saudara-saudari semua lah penyokong, pengasas, dan penentunya.
Najib Razak
You must be logged in to post a comment.