Warisan UMNO, Shafie bintang cerah, Salleh lebih menonjol


1. Sapie sebenarnya mempunyai bintang yang cerah ketika dalam umno, berbanding kini sebagai Presiden Warisan.

2. Sekadar CM untuk parti WARISAN yg di kata parti SABAH, tetapi telah diangkat menjadi menteri dn timbalan menteri ketika PARTI MALAYSIA iaitu BN sbgai tunggak kerajaan YDPA.

Minister of Rural and Regional Development – 2009-2015

Minister of National Unity, Arts, Culture and Heritage – 2008-2009



Minister of Domestic Trade and Consumerism- 2004-2008

Deputy Minister of Defence
In office- 1999- 2004

Deputy Minister of Housing and Local Government- 7 January 1999 – 14 December 1999

3. Pada 2009 juga, selain daripada memegang jawatan sbgai Menteri Pembagunan Wilayah dan Luar Bandar, Sapie adalah VC umno, mempunyai undian ketiga teringgi di belakang Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussin.



Dn kemudian pada pemilihan umno 2013 bagi jawatan VC , mendapat undian keduan tertinggi di belakang Zahid Hamidi dn di hadapan Hishammudin Hussin.

4. Umno yg kononnya di panggil ‘parti Malaya’ oleh Sapie apabila sapie mnjadi presiden WARISAN, dengan suara akar umbi umno sendiri telah ‘meletakkan’ Sapie di jawatan yg tinggi dalam parti, tanpa mengira bahawa Sapie dari Sabah.

5. Dan kemudiannya pada 2015, Najib telah merombak kabinet dan Sapie berkecil hati kerana tidak berada dalam kabinet lalu keluar dari umno dan membentuk parti WARISAN, dan kemudiaanya utk PRU Tahun 2018 telah bersekongkol dgn pkr, dap pbbm utk mnjadi gerombolan PH.

6. Berslogankan WARISAN untuk SABAH sbnarnya adalah satu PENIPUAN daripada Sapie, kerana Sapie sebenarnya adalah ‘lebih’ Malaya daripada Sabah, bukan shj menerusi perkahwinan (berkahwin dgn Suryani Shuib, Kedah. Kroni Tun M dn Tun D), tetapi kerana jawatan-jawatan yang di sandang adalah ‘jawatan pusat’ dn bukannya ‘kenegerian’.



7. Ia adalah satu kerugian kpd Sapie kerana gopoh dan tidak berfikir panjang meninggalkan umno sedangkan di kala umno telah rebah, susuk kepimpinan dari Borneo dicari untuk meneruskan legasi umno di Sabah, dn apabila Sapie tiada, Bung Mokhtar telah dipilih dn di berikan autonomi untuk umno Sabah.

8. Jika Sapie masih dalam umno, tak mustahil dia yang akan jadi TPM pertama dari Sabah, kerana suka atau tidak, umno perlu sentiasa berevolusi dalam bentuk strategi dn juga kepimpunan.

9. Sapie bersama WARISAN sbnarnya hanya melukut di tepi gantang bersama dengan PH, cthnya mudah, TIADA WARISAN dalam kabinet 22 bulan PH.

10.Sapie hanya mampu ‘menyalak’ WARISAN untuk Sabah, tetapi masih berkiblatkan Tun M, Tun D, D4P dn Pkr.



11. Berbanding semasa di dalam umno Sapie di pandang sbgai satu susuk yg ‘gagah’ dari Borneo sehingga mampu mengalahkan undian Hishammudin Tun Husdin yang di ketahui antara nama tersohor politik umno yang memikul legasi Tun Hussin Onn.

12. Untuk PRN Sabah pada kali ini Saleh Keruak adalah nama besar politik Sabah yang kembali kepada umno, maka tidak mustahil terdetik juga di hati Sapie untuk kembali bertaup dgn umno bn, melihatkan senario sekarang di mana musuh yg dahulunya kini sudah menjadi regu.

Kepada Sapie dn WARISAN fikir semula. Kita di jadikah Allah sbgai khalifah di muka bumi untuk memakmurkan alam.

Adakah dgn kehadiran WARISAN, bumi Sabah makin makmur atau makin berantakan?



Emma Harith

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker