COVID-19: Lapan bulan ditinggalkan, penyu kesayangan tinggal rangka
SEORANG pelajar di Wuhan yang baru kembali ke kampus selepas lapan bulan menemui haiwan peliharaannya dalam keadaan menyayat hati.
Penyu air tawar yang menjadi kesayangan, kini tinggal rangka.
Lin Buxiu, 22, meninggalkan kampusnya di Hubei untuk kembali ke kampungnya di Taiyuan yang terletak di wilayah Shanxi pada 12 Januari lalu, kerana cuti musim sejuk.
Namun tidak lama selepas kepulangannya, China diletakkan dalam perintah berkurung membuatkan dia tidak dapat kembali ke kampus.
“Saya hanya merancang untuk balik selama sebulan, jadi saya meninggalkan makanan dan air secukupnya untuk tempoh empat minggu.
“Siapa tahu wabak COVID-19 kemudiannya menyebabkan saya hanya dapat kembali selepas lapan bulan.
“Saya menemui penyu itu, hanya tinggal rangka di balkoni pada 31 Ogos,” cerita Lin kepada Asia Wire.
Lin, yang merupakan pelajar tahun ketiga di Universiti Sains dan Teknologi Wuhan, mendedahkan dia membeli penyu itu dari laman web e-dagang Taobao pada tahun 2019.
Haiwan itu hanya sempat dipelihara selama lima bulan-Awani
You must be logged in to post a comment.