PRN Sabah: Pertembungan banyak penjuru di semua tempat
Pencalonan untuk pilihan raya negeri Sabah ke-16 ditutup pada pukul 10 pagi hari ini, dengan pertembungan banyak penjuru di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)yang dipertandingkan.
Maklumat tepat bagaimanapun masih samar-samar, tetapi jumlah calon yang paling banyak setakat ini adalah di Inanam dengan 10 orang bertanding untuk kerusi DUN itu, termasuk bekas ketua menteri Chong Kah Kiat, William Majimbon (PBS) dan naib pengerusi PKR Sabah yang dipecat, Kenny Chua yang mempertahankan kerusi sebagai calon Bebas.
DUN Api-Api menyaksikan pertembungan 9 penjuru dengan ketua PKR Sabah Christina Liew mempertahankan kerusinya itu menentang Timbalan Presiden PBS Yee Moh Chai dan Pemangku Presiden Parti Liberal Demokratik Chin Su Phin.
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking berdepan pertempuran 7 arah untuk kerusi majoriti Kadazan Dusun Murut (KDM) di Moyog di kawasan Parlimen Penampang.
Beliau antara lain menentang calon Parti Cinta Sabah William Sampil, yang juga merupakan bekas pegawai daerah Penampang dan calon STAR Joe Sulaiman.
Pemangku Pengerusi DAP Sabah Frankie Poon, sebaliknya, berdepan 6 calon lain dalam mempertahankan kerusi Tanjong Papat di kawasan Parlimen Sandakan.
Di kerusi DUN Segama yang baru di Parlimen Lahad Datu, bekas menteri pelancongan Mohamadin Ketapi akan bertembung dengan 7 calon lain untuk merebut kerusi tersebut.
Sementera itu, Presiden PCS Anifah Aman hanya perlu bersaing dengan 3 yang lain untuk kerusi DUN Bongawan.
Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor juga berdepan pertandingan 3 penjuru bagi mempertahankan kerusi DUN Sulaman. FMT