Pemuda PAS harap RUU355 dibentang pada sidang akan datang

MUKTAMAR PAS | Pemuda PAS meletakkan harapan agar Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau lebih dikenali sebagai RUU355, dibentang dan dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat akat datang.

Ketuanya, Khairil Nizam Khiruddin menyuarakan perkara itu dalam ucaptama Muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Dia berkata ia merupakan perkara yang disampaikan dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dr Zulkifli Mohamad pada 28 Julai lalu.

“(Pemuda PAS) Menegaskan agar RUU355 dapat dibentang dan dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang,” katanya, yang menyifatkan Rang Undang-undang itu sebagai lima perkara yang menjadi agenda PAS dalam lanskap politik golongan muda.



RUU355 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Presiden PAS merangkap Anggota Parlimen Marang Abdul Hadi Awang, sebagai RUU persendirian. Perbahasan berkenaannya ditangguhkan dan versi yang disemak semula dibentang pada November 2016 dan April 2017.

Setakat ini, RUU355 tersebut hanya baru di peringkat mengemukakan usul sahaja tanpa perbahasan.

Kita menggulung titah diraja dalam sidang yang lalu, Zulkifli berkata sejumlah proses perlu dilalui, dengan melibatkan pelbagai pihak, sebelum RUU355 dibentangkan.



Menurutnya, setiap proses tersebut perlu diikuti agar pindaan tersebut dapat dibentang secara tertib dan teratur berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan Zulkifli itu senada dengan jawapan Parlimen oleh timbalannya Ahmad Marzuk Shaary pada 22 Julai lalu bahawa setiap cadangan berkaitan penggubalan undang-undang perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Khairil Nizam turut menggesa kerajan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji.

“Pemuda PAS bagi mewakili pemuda Muafakat Nasional menegaskan agar pihak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk isu Tabung Haji.



“Pemuda PAS (juga) menyeru agar usaha dakwah dan kebajikan umat Islam di Sabah dan Sarawak dapat diberikan perhatian yang lebih serius dan menyeluruh,” katanya lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker