‘Ketawakan PAS itu senjata orang gagal’

PAS menempelak kembali pihak yang mentertawakannya selepas gagal mendapat sebarang kerusi daripada sekutu mereka untuk bertanding dalam pilihan raya Sabah.

“Ada yang mentertawakan PAS.

“Ya, itulah senjata orang yang gagal,” kata Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

PAS berhasrat bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak langsung mendapat laluan di negeri itu.

Presidennya Abdul Hadi Awang semalam berkata mereka memberi laluan kepada sekutunya bagi mengelakkan pertembungan calon.

Menulis di Facebook, PAS berkata jangkaan parti parti itu akan “memberotak” telah tersasar.

“Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan. Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka,” katanya.

“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan.

“PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihan raya dengan penuh kesatuan. Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah.

“Saya hadir berkempen, Insya-Allah,” katanya yang mengaku berdukacita tetapi berlapang dada

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker