Covid-19 : 58 kes baru hari ini

Dr Noor Hisham berkata terdapat 58 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi.

Daripada 58 kes baru itu, 53 daripadanya melibatkan penularan tempatan.

Daripada jangkitan tempatan itu, 48 kes di Sabah, termasuk 44 dari Kluster Benteng LD dan 3 dari Kluster Laut.

Terdapat juga 5 kes baru dari Kluster Sungai di Kedah.



“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,868 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 551 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Kluster Benteng di Tawau dan Lahad Datu ada 44 kes baharu. Kluster Sungai pula 5 kes baharu.

Satu lagi kluster baharu dikesan di Kunak, Sabah; Kluster Laut.



STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD DAN KLUSTER SUNGAI

Kluster Benteng LD

Sehingga jam 12 tengah hari 12 September 2020, sejumlah 4,089 telah disaring dalam Kluster Benteng LD dan sebanyak 44 kes baharu telah dikesan positif COVID-19. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Tawau (2,847 disaring):



293 kes dikesan positif COVID-19 (43 kes baharu);

724 individu negatif; dan

1,830 individu masih menunggu keputusan.

Lahad Datu (1,242 disaring):



88 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);

440 individu negatif; dan

714 individu masih menunggu keputusan.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:



833 banduan di mana 361 dikesan positif COVID-19;

832 kakitangan di mana dua (2) dikesan positif COVID-19

1,044 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana        tiga (3) dikesan positif COVID-19;

728 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19;         dan



652 kontak sosial di mana 15 dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 381 kes positif COVID-19, 168 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 213 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

Filipina (149 kes);  dan

Indonesia (64 kes).

KLUSTER LAUT

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di kalangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Kunak, Sabah. Kes indeks kluster (iaitu kes ke-9859) adalah seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos 2020. Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri kes. Isteri kes (iaitu kes ke-9860) pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin.

Beliau didapati mula bergejala pada 6 September 2020. Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat, dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862). Sehingga 12 September 2020, sejumlah 49 telah disaring dalam kluster ini. Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina. Daripada jumlah ini:

Empat (4) kes dikesan positif COVID-19;
14 individu negatif; dan
31 individu masih menunggu keputusan.
Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker