Tamrin mahu saman Zuraida isu projek rundingan terus

Tamrin Ghafar berhasrat untuk saman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan yang mengaitkannya dengan projek rundingan terus stesen pemindahan sisa pepejal.

Dalam satu kenyataan media semalam, Tamrin mengatakan bahawa projek itu sebenarnya diberikan melalui rundingan langsung di bawah pentadbiran BN pada 2017.

“Zuraida pada 28 Ogos menggambarkan seolah-olah projek tersebut diberi secara runding terus oleh bekas menteri kewangan Lim Guan Eng kepada syarikat tersebut atas dasar penglibatan saya dalam syarikat tersebut.

“Untuk makluman projek tersebut telah diberi secara runding terus oleh kerajaan BN atau BN dalam tahun 2017. Menteri KPKT ketika itu ialah Noh Omar,” katanya.

Tamrin menambah bahawa dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini adalah semua projek yang telah diberi secara runding terus oleh BN akan diturunkan atau dikurangkan harga sebanyak 10 peratus daripada harga asal.

“Perkara-perkara lain akan dikemukakan semasa perbicaraan di mahkamah nanti,” katanya.

Sebelum ini, Zuraida mendakwa bahawa Tamrin, sebagai penasihat Bumi Segar Indah, telah berjumpa menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng untuk secara langsung merundingkan projek stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Jinjang Utara, pada 26 Nov 2018.

Ahli parlimen Ampang itu mendakwa Lim telah menasihati Bumi Segar Indah untuk menghantar cadangan formal dan akhirnya menyetujui projek itu melalui surat bertarikh 20 Februari 2019.

Tamrin, melalui peguamnya, telah mengirim surat guaman kepada KPKT pada Rabu, yang menyatakan hasrat untuk saman Zuraida.

Dia juga menuntut kementerian menunjukkan bukti surat kelulusan untuk projek itu.

Projek pemindahan sisa pepejal adalah antara 101 projek rundingan langsung yang didakwa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz telah diluluskan oleh kerajaan PH.

Bagaimanapun, sebahagian besar projek dalam senarai itu diluluskan semasa pemerintahan BN di Putrajaya.Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker