PRN Sabah: Kurang 12 Jam, Hajiji Noor Janji Selesaikan Pertindihan Kerusi

KOTA KINABALU – Berbaki kurang 12 jam sebelum penamaan calon esok diharap dapat merungkai isu pertindahan calon antara gabungan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor, yakin ia dapat diselesaikan kurang 24 jam sebelum penamaan calon bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), esok.

Memetik laporan Berita Harian, Hajiji berkata,rundingan bersama pimpinan tertinggi gabungan hari ini mencapai kata sepakat dan berlangsung dalam suasana baik.



“Segala isu berbangkit dijangka dapat diselesaikan secepat mungkin supaya pertembungan sesama sendiri dielak.

“Perbincangan akan diadakan hari ini bagi melihat parti mana perlu berundur di kerusi tertentu, harap ia dapat selesai hari ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama pemimpin parti komponen BN, PN dan Bersatu di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata walaupun kurang berpuas hati dengan pembahagian kerusi, parti itu tetap komited memastikan kemenangan PN dalam PRN Sabah kali ini.



Memetik laporan itu, Jeffrey berkara hanya lapan kerusi atas tiket STAR dipertandingkan walaupun menuntut sekurang-kurangnya 18 kerusi.

“Kita tidak puas hati sepenuhnya (pembahagian kerusi) tapi kita faham dan akur dengan keputusan serta mengikut sebagai satu pasukan.

“Walaupun hanya lapan kerusi, yang penting kita dapat memenangi semua kerusi dipertandingkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengesahkan PN akan menggunakan logo gabungan itu dalam PRN Sabah kali ini.



Suara.TV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker