BN, PN, PBS setuju elak pertembungan dalam PRN Sabah, kata Zahid
Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini bersetuju secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua parti terlibat juga bersetuju membentuk solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama-sama.
Berdasarkan senarai nama calon yang diumumkan semalam, Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Kerusi-kerusi terbabit adalah Bengkoka (UMNO/PBS), Telupid (UMNO/ PBS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Tandek (PBS/PBRS), Tulid (PN/PBRS), Sook (PN/PBRS), Kapayan (MCA/PBS), Karamunting (MCA/PBS), Paginatan (UMNO/PN) dan Tanjung Aru (UMNO/PBS).
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan antara pemimpin parti tersebut dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, Zahid berkata, semua parti juga bersetuju untuk melancarkan “aku janji” bersama pada Hari Malaysia, 16 Sept ini sebagai tawaran kepada rakyat Sabah sekiranya gabungan itu menang PRN akhir bulan ini.
You must be logged in to post a comment.