Musa, Rahman tiada dalam senarai 31 calon BN
Umno akan bertanding 31 kerusi pada pilihan raya Sabah akhir bulan ini, tetapi 2 nama orang kuat Umno Sabah, Musa Aman dan Abdul Rahman Dahlan, tiada dalam senarai yang diumumkan ketuanya, Bung Moktar Radin.
Bung mengumumkan 95% calon Umno muka baharu. Selain mereka, Bung turut mengumumkan namanya sendiri dan bekas menteri Salleh Said Keruak.
Bung akan bertanding di DUN Lamag, yang terletak bawah Parlimen Kinabatangan yang disandangnya, manakala Salleh akan bertanding di DUN Usuakan di Parlimen Kota Belud.
Bung memaklumkan Musa tidak tersenarai kerana bekas ketua Umno negeri itu tidak pernah memohon menjadi calon.
Musa merupakan bekas ketua menteri sementara Rahman pula ahli majlis tertinggi Umno. FMT