Jumlah kerusi PKR masih jadi tanda tanya
KOTA KINABALU: Jumlah kerusi akan ditandingi PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah masih menjadi tanda tanya walaupun parti itu sudah mengumumkan bertanding di 14 kerusi, semalam.
Ini kerana Warisan Plus kecuali PKR dalam majlis hari ini mengumumkan akan bertanding di 66 kerusi, ini bermakna jumlah kerusi masih tinggal hanya 7.
Terdahulu, pada majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu Presiden Warisan Shafie Apdal mengumumkan parti itu, DAP dan Amanah akan bertanding di 54 kerusi.
Wilfred Madius Tangau selepas itu mengumumkan Upko akan bertanding di 12 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan ditandingi Warisan Plus tidak termasuk PKR adalah 66.
Shafie dalam sidang medianya hari ini berkata, beliau menyerahkan kepada PKR untuk membuat pengumuman sendiri namun berharap ia dilakukan secepat mungkin kerana penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.
“Saya harap mereka akan mengekalkan kerjasama ini, kerana Upko tidak bertanding banyak di Semenanjung, kita tidak bertanding di Sarawak, Perlis, Kedah, Selangor, jadi mereka bertanding di semua kawasan itu, jumlah kerusi banyak.
“Sekurang-kurangnya kehadiran mereka (PKR) bukan berbentuk menjadi calon yang kita kena agih-agihkan di sini
“Bagaimanapun, kami tidak ketepikan mereka, contohnya PKR dapat jawatan yang tinggi walaupun DAP lebih banyak kerusi, inilah bentuk kerjasama dengan parti komponen,” katanya.
Beliau berkata, rundingan berkaitan pengagihan kerusi sepatutnya selesai, sebab itu Warisan Plus mengumumkan calon bertanding hari ini.
“Mereka ada di sana ketika perbincangan dibuat, saya ada memberitahu mereka.
“Tapi saya tidak pasti, saya cuba memberitahu Saifuddin (Nasution Ismail) yang ia bukan sesuatu yang bagus, kita ada masa yang terhad untuk membuat pengumuman kerana adalah penting untuk kita pastikan semuanya susah bersedia,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi PKR Sabah Christina Liew turut hadir pada majlis pengumuman calon Warisan Plus hari ini, namun beliau tidak menyertai sidang media yang diadakan selepas itu.
You must be logged in to post a comment.