BN tak beri kerusi pada Musa Aman sebab dia tak minta
Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata bekas ketua menteri Musa Aman tidak diberikan kerusi dalam pilihan raya negeri kerana dia tidak memintanya.
Bung Moktar berkata demikian dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.
Ditanya sama ada BN ada menawarkan kerusi kepada Musa, Bung Moktar berkata perkara itu tidak dilakukan.
Bung Moktar membuat penjelasan itu selepas mengumumkan calon Umno dalam pilihan raya Sabah.
Umno akan bertanding di 31 daripada 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Musa, “panglima perang” lama Umno, sebelum ini bertanding di Sungai Sibuga atas tiket Umno dan BN sejak 1994.
Dia pada Julai mengisytiharkan mempunyai majoriti cukup untuk mengambil alih kerajaan pimpinan Warisan.
Ketua Menteri Shafie Apdal bagaimanapun menasihatkan yang di-pertua negeri membubarkan DUN.
Musa dijatuhkan sebagai ketua menteri selepas 2018, juga melalui peralihan sokongan wakil rakyat dalam DUN.
Dia sebelum ini dilihat sebagai saingan Bung Moktar dan calon ketua menteri jika BN memang dalam pilihan mengejut ini.
You must be logged in to post a comment.