Adakah PRN Sabah yang bakal diadakan sah?

Oleh Ab Jalil Backer

PRN Sabah dan Mahkamah

Saman 33 ADUN ke atas keputusan TYT adalah tidak relevan. Adalah hak TYT untuk membubarkan DUN atau tidak setelah mendapat nasihat Ketua Menteri Shafie Apdal.

Yang relevan hanya saman TS Musa Aman ke atas TYT kerana menyingkirkan beliau tanpa melalui prosedur yang jelas.



TYT hanya boleh melantik Ketua Menteri baharu jika ada kekosongan atau Ketua Menteri sedia ada memaklumkan beliau hilang sokongan majoriti atau beliau kalah dalam undian di dalam DUN.

Dalam kes DUN Perak, MB Mohamad Nizar mengadap Tuanku Sultan Perak menyatakan beliau telah hilang sokongan majoriti ADUN dan memohon DUN dibubarkan.

Apabila timbul situasi ini baharulah Sultan atau TYT mempunyai kuasa sama ada mahu membubarkan Dewan atau melantik orang lain yang baginda percaya mempunyai sokongan majoriti.



Dalam kes Musa Aman beliau tidak pernah mengadap TYT menyatakan telah hilang sokongan dan beliau tidak pernah kalah dalam undian di Dewan bagi membolehkan TYT campur tangan.

Persoalannya jika Musa Aman menang, maka kedudukan shafie sebagai Ketua Menteri adalah tidak sah.

Jika kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri tidak sah, maka sudah tentu nasihat beliau kepada TYT untuk membubarkan Dewan juga tidak sah.

Maka ketika itu perlu dijawab apakah sah PRN yang bakal diadakan nanti.



Semua ini sepatutnya dijawab secara tuntas oleh Mahkamah Persekutuan sebelum penamaan calon sabtu ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker