Selepas ambil anak angkat 4 beradik, wanita hamil dikurniakan anak kembar 4 pula
Bagi pasangan suami isteri, tiada apa lebih membahagiakan apabila dikurniakan zuriat apatah lagi mengetahui bakal menimang cahaya mata kembar sekali gus.
Situasi seperti itu dilalui pasangan dari Pennsylvania, Amerika Syarikat yang mendapat anak kembar empat selepas kira-kira setahun mengambil anak angkat empat beradik pada 2019.
Menerusi laporan Daily Mail, Maxine and Jake Young telah mempunyai seorang anak kandung lelaki bernama Henry pada Oktober 2018 sebelum menjadi ibu bapa angkat kepada empat beradik berkenaan.
Henry & adik beradik angkat
Sebaik mengambil anak angkat, pasangan tersebut mengambil keputusan untuk memiliki seorang lagi anak kandung namun terkejut selepas disahkan hamil anak kembar empat.
Kembar empat itu dilahirkan pada 31 Julai lalu (32 minggu) yang diberi nama Silas Ledger, Theo Alexander, Beck Killian dan Cecilia Hudson dimana dua daripadanya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) namun dalam keadaan baik.
Dua kembar yang masih dirawat
Memetik kenyataan ibu Jake iaitu ArLette Young, anak dan menantunya itu berkahwin pada Mei 2016 dan sememangnya mahu memiliki keluarga sendiri secepat mungkin.
“Pelbagai cabaran dilalui mereka seperti berkali-kali keguguran, rawatan IVF dan IUI sebelum dikurniakan anak sulung mereka, Henry,” katanya.
Bagi Maxine pula, dia tidak menyangka dirinya hamil tanpa melalui proses IVF atau IUI, malah menganggap kandungan ’empat kali ganda’ itu adalah satu keajaiban.
Sumber : Daily Mail, OHMyMedia
You must be logged in to post a comment.