Chong Dap cuba ajar Abang Johari berpolitik

Chong Chieng Jen cuba mengajar Abang Johari berpolitik. Dia lupa Abang Johari adalah orang lama dalam politik Sarawak dan mempunyai rangkaian politik yang luas.

Nampaknya Dap Sarawak sudah tidak ada isu khusus untuk menyerang GPS di Sarawak lantas cuba mahu mrngajar politik kepada mereka.

Jangan biar sentimen peribadi musnah masa depan kita, DAP beritahu Abang Johari

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menggesa pemimpin GPS Abang Johari Openg supaya tidak memusnahkan masa depan Sarawak dan Malaysia susulan sentimen peribadinya terhadap pemimpin DAP Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan hari ini Chong berkata, “kita rakyat Sarawak harus berasa bimbang kerana diperintah oleh pemimpin yang membenarkan perasaan peribadi mengatasi kepentingan nasional.

Beliau merujuk kepada komentar Abang Johari semalam bahawa kenyataan menghina Lim sebelum ini menyebabkan GPS memberi sokongan kepada PAS dan Umno untuk membentuk kerajaan pusat.

Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP, sewaktu menjadi menteri kewangan didakwa berkata, Sarawak di bawah GPS mungkin akan bankrap dalam masa 3 tahun.

Chong berkata, kenyataan Lim harus dilihat sebagai suatu peringatan berkait projek mega yang dicadangkan oleh GPS.

“Walaupun Abang Jo terus bercakap besar tentang rizab negeri Sarawak sebanyak RM31 bilion, namun beliau tidak menyebut mengenai hutang berbilion ringgit syarikat milik kerajaan negeri,” katanya.

Sokongan GPS kepada gabungan PAS-Umno menyebabkan meningkatnya konservatisme dan fanatisme agama, kata Chong dengan merujuk kepada kenyataan terbaru pemimpin PAS berhubung kitab Injil, selain cadangan penutupan pub, pemisahan tempat duduk di pawagam dan serangan terhadap sekolah vernakular.

Chong berkata, kesilapan GPS membenarkan Umno dan PAS menguasai kerajaan pusat mengancam sekularisme di negara ini.

Beliau menjangka kebebasan agama dan keharmonian kaum di Sarawak juga akan tergugat. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker