Perak on sales : Hamidah mahu SPRM siasat skandal tanah di Perak

Naib Presiden Putra , Datuk Hamidah Osman hari ini menggesa SPRM menyiasat berhubung dengan isu tanah di negeri Perak.

Mereka membuat laporan kepada kepada SPRM hari ini. Skandal tanah yang didakwa beliau telah didedahkan melalui satu surat yang menjadi viral baru-baru ini. Menurutnya lagi skandal tersebut melibatkan Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Faizal Azumu dan orang-orang sekelilingnya.

Menurut beliau lagi perkara ini sudah menjadi kepentingan awam dan SPRM harus menyiasatnya. Katanya lagi sudah menjadi kebiasaan sekiranya ia melibatkan kepentingan awam, walaupun dari surat layang, kes tersebut akan disiasat oleh SPRM.



Beliau menambah lagi bahawa kerjaan negeri memberi tanah-tanah hutan yang melibatkan seribu ekar untuk dijadikan ladang dengan sewenang-wenangnya.

Katanya lagi beliau mempunya 3 salinan kelulusan tersebut yang berjumlah 3000 ekar dan percaya ada banyak lagi kelulusan-kelulusan seperti itu telah dikeluarkan.

Untuk berita selanjutnya sila tonton video.

 



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=pfNWR_Oo-GE[/embedyt]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker