Isu Khairuddin, Lim Kit Siang kalau nak kritik baca sampai habis

Lim Kit Siang menyoal kenapa pegawai polis boleh ditahan ingkar SOP dan Khairuddin tidak.

Agaknya Lim Kit Siang baca tajuk saja atau sengaja mahu mencipta isu yang tidak timbul langsung.

Lim Kit Siang patut tahu bahawa pegawai polis yang ditahan itu bukan setakat melanggar SOP PKPP tetapi melakukan kesalahan lain. Tidak sama dengan Khairuddin yang tidak melakukan provokasi atau kesalahan lain.

Baca : Pegawai kanan polis ditahan cetus provokasi.

Ikuti kritikan Lim Kit Siang yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Ingkar SOP: Bila pegawai polis pun ditahan, terlintas isu Khairuddin

Menteri PAS Khairuddin menjadi simbol utama keburukan kerajaan Perikatan Nasional — di mana Rukun Negara dicabuli dan terdapatnya pilih kasih dalam negara kita

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali daripada PAS kini menjadi simbol utama keburukan kerajaan Perikatan Nasional dengan mencabuli prinsip-prinsip Rukun Negara dan mendedahkan sikap pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang dalam negara.

Apabila saya terbaca dalam berita pagi ini, di mana seorang pegawai polis kanan juga ditangkap dalam satu operasi pematuhan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bersama dengan 227 orang yang lain di Petaling Jaya, orang pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah Khairuddin.

Saya percaya yang bercakap bagi pihak semua rakyat Malaysia yang masih tertanya-tanya, mengapa pihak polis memerlukan masa yang sebegini lama untuk memutuskan tindakan yang perlu diambil terhadap Khairuddin yang telah melanggar SOP Kuarantin Covid-19, sedangkan setiap hari, tindakan diambil terhadap rakyat biasa yang telah melanggar peraturan PKPP.

Layanan berbeza VIP dan rakyat biasa

Adakah norma baru dalam PKPP merangkumi sikap menerima tanpa menyoal, layanan dan peraturan berbeza di antara rakyat biasa dan golongan kenamaan?

Lebih daripada tiga minggu telah berlalu sejak pelanggaran SOP Kuarantin Covid-19 oleh Khairuddin sejurus selepas pulang daripada satu lawatan ke Turki pada 7 Julai ni dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Parlimen.

Khairuddin dan ahli rombongan beliau tidak teragak-agak untuk melanggar SOP kuarantin ini, sehinggalah perkara ini dibangkitkan dalam Parlimen pada 18 Ogos.

Jika tidak kerana pendedahan awam ini, Kementerian Kesihatan mungkin tidak akan mengenakan beliau denda RM1,000 dan beliau pastinya tidak akan memohon maaf.

Adakah ini contoh kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang menteri PAS dalam kabinet Muhyiddin?

Apa yang lagi pelik dan luar biasa adalah walaupun setelah tiga minggu selepas pendedahan ini dibuat, rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran penuh mengenai lawatan Khairuddin dan rombongan beliau ke Turki dan pelanggaran SOP yang menyusuli, serta hasil siasatan polis, dan status pelbagai penipuan yang pada mulanya dikeluarkan semasa isu ini masih hangat diperbualkan seperti; kononnya Turki adalah negara “zon hijau” semasa lawatan ini berlangsung sedangkan Turki merupakan pusat penularan utama wabak Covid-19 pada masa tersebut.

Adakah kita akan dapat melihat pendedahan sejelas-jelasnya yang bertanggungjawab dan telus mengenai perkara ini?

Adakah Khairuddin akan berterus-terang mengenai lawatan beliau bersama rombongan beliau ke Turki ini?

Dan mengapa beliau berkeberatan untuk memberitahu rakyat Malaysia mengenai perkara ini?

Adakah Muhyiddin bertanggungjawab ke atas menteri kabinet beliau atau Menteri PAS ini berada dalam satu kategori yang berlainan?

LIM KIT SIANG ialah Ahli Parlimen Iskandar Puteri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker