Roboh rumah rakyat laju, ambil tindakan pada kilang kata kuasa terhad pula..

 

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Negeri sukar mengatasi isu pencemaran sungai kerana Akta Alam Sekitar 1974 tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) berkata kuasa yang terhad menyebabkan agensi seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) berdepan kekangan melaksanakan penguatkuasaan dengan berkesan.

“Kita tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri berhubung perkara ini, sepatutnya Kerajaan Persekutuan perlu bantu serta cari penyelesaian bersama.

“Selain itu akta alam sekitar perlu diperketat bagi memastikan kelompangan dalam akta ditangani dan menjadikannya lebih berkesan bagi mengatasi isu pencemaran yang tiada kesudahan,” kata S Piapakaran kepada SelangorKini.

Beliau turut mencadangkan menambah baik akta tersebut dengan memasukkan klausa mewajibkan pemilik kilang menyebabkan gangguan bekalan air membayar pampasan kepada golongan terkesan.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang bertujuan mencegah, menghapus dan mengawal pencemaran telah dikuat kuasa pada 15 April 1975 serta dipinda sebanyak empat kali pada 1995, 1996, 1998 dan 2001.

Proses penguatkuasaan dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air dengan akta berkaitan memperuntukkan lima perkara iaitu pencemaran udara, pencemaran bunyi bising, pencemaran air, pencemaran tanah serta kawalan buangan terjadual.

Pada 23 Febuari tahun lalu, menteri waktu itu Yeo Bee Yin mencadangkan akta alam sekitar digubal semula sekiranya banyak pindaan perlu dilakukan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker