Viral : Kepanasan Punya Pasal, Wanita Ini Buka Pintu Kecemasan Pesawat Dan Berjalan Di Atas Sayap

Seorang wanita menjadi perhatian setelah ditangkap membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap pesawat Ukraine International Airlines kerana dia berasa panas.

Pesawat yang mendarat di Kiev, Ukraine, setelah terbang dari Antalya, Turki menjadi perhatian apabila video seorang wanita keluar dari pesawat menjadi tular di media sosial.

Salah seorang penumpang mendedahkan bahawa pada mulanya pesawat terbabit telah mendarat dan kebanyakan penumpang sudah keluar. Wanita tersebut kemudiannya berjalan dari ekor ke pintu kecemasan sebelum bertindak keluar dari situ.

Wanita itu, yang dilaporkan telah berjaya diselamatkan menjelaskan bahawa dia berasa panas. Manakala dari ujian yang dijalankan, ibu yang datang ke Turki untuk bercuti bersama suami dan anak itu tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.-thesun.com

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker