Syed Saddiq jom sertai Umno, kata Asyraf Wajdi

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa politik wang dalam Bersatu dan Langkah Sheraton mendorongnya mahu membuat gerakan baru dalam politik.

Ekoran itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi mempelawa Ahli Parlimen Muar itu menyertai pihaknya.

“Oh, rupanya salah satu punca Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tinggalkan Tun M dan Bersatu kerana budaya politik wang yang membarah. Kalau macam tu jom sertai Pemuda UMNO!

“22 bulan kami ditakdirkan sebagai pembangkang, Alhamdulillah, Pemuda UMNO telah banyak berubah. Proses penyaringan dan penyucian semulajadi berlaku apabila UMNO hilang kuasa. Yang mengejar projek dan memperhitungkan wang lebih dahulu meninggalkan wadah kononnya atas nama ‘berhijrah’. Yang tinggal terus bermuhasabah, melakukan koreksi diri dan sama-sama membangunkan kembali wadah dengan wajah dan iltizam baharu untuk menanggalkan budaya lama yang bobrok demi sebuah perjuangan,” tulisnya dalam media sosialnya hari ini.



Beliau merujuk kepada kenyataan Syed Saddiq dalam wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini.

Bagaimanapun tawaran Asyraf Wajdi itu ditentang ramai netizen dan penyokong UMNO yang tidak mahu Syed Saddiq menyertai sayap UMNO.

Akhirnya Asyraf Wajdi akur dan menulis; “Rupanya ramai tak nak Syed Saddiq masuk Pemuda UMNO. Saya akur suara akar umbi.”- MalaysiaGazette



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker